Headlines...

Tentang Soalan Harian

Sekarang ini banyak cawangan yang mempertikaikan tentang sesi soal jawab yang telah dikemukakan oleh Cik Diyana. Antara alasan yang diberikan oleh pihak cawangan yang tidak sempat menjawab kerana membuat kerja - kerja pembersihan cawangan, tidak sempat memcari info dan sebagainya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana staf akan masuk awal 1/2 jam bagi kerja - kerja pembersihan cawangan dan memang sepatutnya cawangan mencari info tentang produk - produk yang berada di dalam cawangan. Fungsi sesi ini sebenarnya untuk melihat staf cawangan mengambil berat tentang produk dan perkembangan terkini HPA. Sekiranya ada cawangan yang masih tidak berpuas hati lagi sila buat surat tunjuk sebab kepada Pn Nur Siti Hazliana Binti Mat Hashim ( AGM ).