Headlines...

ARAHAN PERTUKARAN

Dalam pada masa terdekat ini beberapa pertukaran akan berlaku. Ini memandangkan perlunya sesorang itu belajar di cawangan lain bagi memahirkan diri serta menaikkan tahap pembelajaran ini tertakluk kepada terma dan syarat kontrak bekerja. Walaubagaimanapun bagi staff yang ditukarkan bukan atas alasan sebarang masalah; sila hubungi pej zon untuk perbincangan jika terdapat masalah untuk ditukarkan. Kemungkinan ianya bertujuan untuk pihak zon menaikkan taraf perjawatan.


Di dalam lain hal, terdapat juga pertukaran EKSEKUTIF CAWANGAN. Ianya akan berlaku sekiranya cawangan tersebut mengalami masalah stok sewaktu audit atau sebarang salah laku di cawangan. Oleh itu langkah seorang EKSEKUTIF perlulah lebih bertanggungjawab dan peka terhadap cawangan yang di selia, terutama masalah stok perlu dipandang serius dan membuat kiraan stok harian. Mustahil sebuah cawangan akan mengalami kehilangan stok yang banyak jika pengiraan dibuat setiap hari dan sudah pasti punca serta masalah kehilangan produk akan terjawab sekiranya dikesan dengan cepat. Bagi yang mempunyai masalah pengurusan silalah belajar dari cawangan lain yang tidak bermasalah atau memaklumkan pejabat zon masalah yang dihadapi dan penyelesaian akan dapat diselesaikan. Sekiranya semua ini diselesaikan dengan baik sesebuah cawangan maka tiada pertukaran akan berlaku kerana bukanlah satu kerja yang mudah proses untuk menukar staf ke sana dan ke mari . DIHARAP SEMUA STAF MENGAMBIL LANGKAH LEBIH AMANAH DENGAN MENGAMALKAN KONSEP BERETIKA DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KERJA YANG DIJALANKAN.