Headlines...

temuduga - shah alam

JAWATAN KOSONG DI HPA

TEMUDUGA TERBUKA

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2010 - RABU
MASA : 1.00 PETANG HINGGA 06.00 PETANG
TEMPAT : CAWANGAN SHAH ALAM
No.2-14-01,Jalan Lazuardi 7/29,Seksyen 7,40000 Shah Alam,
Selangor.



1.Jawatan Kosong : Pembantu Eksekutif Cawangan
Umur : 20 – 30 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai SPM
Kebolehan : Mahir menggunakan Komputer terutamanya Excel dan fasih berbahasa melayu,boleh kerja syif
Lain-lain : Muslim, warganegara Malaysia dan bersopan.

2.Jawatan Kosong : Eksekutif Cawangan Petaling Jaya
Umur : 20 – 30 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai SPM
Kebolehan : Mempunyai pengalaman dalam menguruskan laporan LPK dan LBS dan telah bekerja di cwgn sekurang-kurangnya 1 tahun.
Lain-lain : Bertanggungjawab,Amanah,jujur dan mempunyai daya kepimpinan.

Kepada staf cawangan yg berminat boleh memohon segera bagi jawatan pengurus cwgn petaling jaya.

Kemasukan Segera :
Cawangan Petaling Jaya (lelaki 1)
Klang (Lelaki 1)
Shah Alam sek 34 (lelaki 1)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Puan Rafidah Bt Mohd Ali
Cik Norsharimah Bt Nasarddin
No. Ofis : 05-5292716
No. H/P : 019-5717271,017-5407522
Email : e.mma78@yahoo.com.my

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM

Iklan Jawatan Kosong -RCH

TEMUDUGA TERBUKA RCH

Tarikh : 25 SEPTEMBER 2010
Daripada : Pentadbiran- Pusat Operasi Zon Tengah (POZT)
Kepada : Semua Staf Cawangan dan Kiosk
Perkara : Jawatan Kosong Di Radix Chiken House (RCH)
Tempat : CAWANGAN IPOH
No.23,Persiaran Greentown 4,Pst Dagangan Greentown,30450 Ipoh,Perak


Tuan,

Merujuk perkara di atas,

Jawatan ini terbuka kepada staf HPA dan orang ramai yang berminat untuk menyertai menjadi warga RCH. Untuk makluman semua RCH akan dibuka di IPOH, Perak. Maka pengambilan staf telah bermula mulai hari ini.

Sila kumpulkan borang jawatan kosong dan faxkan kepada saya Cik Emma selaku HR POZT di no. Fax : 05-5292718 /715/017-5407522. Segala kemuskilan sila hubungi saya di pejabat POZT.

1. Jawatan kosong : Pengurus Radix Chiken House(RCH)
2. Jawatan kosong : Penyelia
3. Jawatan Kosong: Staf Operasi

Jawatan ini terbuka kepada semua yang berumur antara 20 tahun hingga 35 tahun sahaja.
Yang berpengalaman dalam bidang “fast food” adalah dialu-alukan.
Tarikh akhir untuk menghantar borang pada 24 September 2010.

Mohon kerjasama pihak Tuan untuk mengedarkan memo ini di kawasan sekitar. Sila tampalkan memo 2 di cawangan masing-masing.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM

Sekian, terima kasih.

Iklan Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG DI HPA

TEMUDUGA TERBUKA

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2010
MASA : 2.30 PETANG HINGGA 06.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT OPERASI ZON TENGAH
No.6&8 Persiaran Perindustrian Silibin 1,Kawasan Perindustrian Ringan Silibin,30100 ipoh.Perak.



1.Pembantu Eksekutif Cawangan
Umur : 20 – 30 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai SPM
Kebolehan : Mahir menggunakan Komputer terutamanya Excel dan fasih berbahasa melayu,boleh kerja syif
Lain-lain : Muslim, warganegara Malaysia dan bersopan.

2.Eksekutif Cawangan
Umur : 20 – 30 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai SPM
Kebolehan : Mempunyai pengalaman dalam menguruskan laporan LPK dan LBS dan telah bekerja di cwgn sekurang-kurangnya 1 tahun.
Lain-lain : Bertanggungjawab,Amanah,jujur dan mempunyai daya kepimpinan.

Kepada staf cawangan yg berminat boleh memohon segera bagi jawatan pengurus cwgn petaling jaya.

3.Pegawai Pentadbiran
Umur : 20 – 30 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dan Ijazah dalam bidang berkaitan.
Kebolehan : Mahir menggunakan Komputer terutamanya Excel dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan cawangan.
Lain-lain : Muslim, warganegara Malaysia dan bersopan.


4.Pengawal Keselamatan
Umur : 20 – 40 tahun -lelaki
Kelulusan : Sekurang-kurangnya mempunyai Spm.
Kebolehan : Mempunyai pengalaman dari segi kawalan keselamatan,Boleh kerja syif 7am-7pm
Lain-lain : Muslim, warganegara Malaysia dan bersopan.


Kemasukan Segera :
Cawangan Petaling Jaya (lelaki 1 org)
Gombak (Lelaki 1)
Klang (Lelaki 1)
Ampang (Lelaki 1)
Shah Alam sek 34 (lelaki 1)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Puan Rafidah Bt Mohd Ali
Cik Norsharimah Bt Nasarddin
No. Pejabat : 05-5292716
No. H/P : 019-5717271,017-5407522
Email : e.mma78@yahoo.com.my

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM

Program Qurban Masyarakat Campa Cambodia

Salam seluruh warga HPA
HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akain bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

PIC KHAS Syawal Sudah Penuh

PIC KHAS Syawal sudahpun penuh. Penyertaan di tutup. Tunggu PIC Khas akan datang…

PIC khas 27 /9 dan 28/9 sudah ditutup untuk penyertaan. Bagi mereka yang beminat bolehlah mohon untuk program ke 3 nanti. Banyak perkara baru yang perlu kita pelajari dalam masa kita berniaga produk produk halal ini.

HPA di ASTRO AWANI

Siaran Bisnes Awani Plus

Jadual ke udara:

Sabtu – 18hb Sept 2010 : 6.31 Petang
Ahad – 19hb Sept 2010 : 3.31 Pagi dan 11.31 Pagi
Isnin – 20hb Sept 2010 : 12.00 Malam dan 6.31 Pagi

Staf HPA KK Maut Kemalangan di Pagi Raya

Tiga sekeluarga terkorban di pagi Aidilfitri

LAHAD DATU 11 Sept. – Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Saga yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini pada pukul 5.30 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sabaruddin Sakka (Staf HPA Putatan KK), 31, dan dua anaknya, Norsyafiqa, 5, serta Mohd. Sahirzan berusia tiga tahun.

Katanya, Sabaruddin dan Norsyafiqa meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD) manakala Sahirzan meninggal di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, isteri Sabaruddin iaitu Saidah Misji, 26, pula cedera parah dan telah mendapatkan rawatan di HLD apabila patah tulang kaki kiri.

Kuet Khiun berkata, kenderaan yang dipandu Sabaruddin dilaporkan dalam perjalanan dari Beaufort, Kota Kinabalu menuju ke Lahad Datu.

Katanya, mangsa dikatakan telah hilang kawalan setiba di tempat kejadian sebelum terbabas ke bahu kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit.

Jelasnya, hentaman kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Tambahnya, semua mayat mangsa telah dihantar ke HLD bagi menjalani bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Petikan utusan : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

MARI KITE SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAHYARHAM..AL-FATIHAH....

PESANAN DARI GM AWM...

Setelah puas makan daging, nasi beraini, lemang, kek dan macam-macam juadah berkolesterol tinggi, maka jom kita amalkan Alkalizing ChloropHyll Drops. Kurangkan asid berlebihan dalam badan. Pengamalan ACD ini amat mustahak khusus kepada para pengempur Radix.....

RENUNG-RENUNGKAN...SELAMAT BERAMAL...

Demam dan Muhasabah.

Emmm,biasanya selepas raya nie mesti ramai yang mula rasa tidak sedap-sedap badan kan...jangan khuatir...renung2kan petikan di bawah.....

Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.

Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.

Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) KHAS SEPTEMBER 2010


BAYARAN : RM 170.00
TARIKH : 27 & 28 SEPTEMBER 2010 (ISNIN & SELASA)
TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR SUNGAI PETANI KEDAH(ATAS RFC LAGENDA HEIGHTS)

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad
Hantarkan bukti (maklumat/salinan) bayaran ke
Fax: 04-4419254

Jadual Kuliah Perubatan Jawi Zon Tengah pada Bulan September 2010



Bersama
Ustaz Muhammad bin Ibrahim @ Ust Mad Cina


Tempat:
DEWAN CAWANGAN IPOH

Pada: 19/09/2010(AHAD)
Masa : 8.30 malam

Tempat:
DEWAN CAWANGAN WANGSA MAJU
Pada: 20/09/2010(ISNIN)
Masa :8.30 MALAM

Tempat:
DEWAN CAWANGAN TANJUNG KARANG
Pada: 22/09/2010(RABU)
Masa : 8.30 Malam

Tempat:
DEWAN CAWANGAN SHAH ALAM
Pada : 26/09/2010(AHAD)

Bayaran :
PERCUMA...pahala pun dapat =)

JADUAL & TEMPAT TERTAKLUK DARI SEMASA KE SEMASA. BAGAIMANAPUN PIHAK KAMI AKAN MEMBERITAHU JIKA ADA PERUBAHAN.

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM KULIAH PERUBATAN JAWI INI....SAMA-SAMA KITA MEREBUT PELUANG ILMU INI...MUDAH-MUDAHAN KEBERKATAN DIPEROLEHI..INSYAALLAH =)

ENAKNYA KUIH RAYA HPA.....



jOm Pakat Ramai-Ramai Beli Kuih Raye HPA, mudah2han Mendapat Keberkatan DariNya,InsyaAllah~~~~~

SALAM AIDILFITRI DARI WARGA PUSAT OPERASI ZON TENGAH



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA KAMI WARGA STAF HPA PUSAT OPERASI ZON TENGAH....MUDAH-MUDAHAN DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA INI DAPAT MENGERATKAN LAGI UKHUWAH ANTARA KITA...

MAJLIS IFTOR bersama ANAK-ANAK YATIM di CAWANGAN SERI MANJUNG







BANK IN DUIT JUALAN CAWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 1431H

Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)

Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.