Headlines...

Memo untuk cawangan/kiosk/halal mart

Tarikh             :           04hb Jun 2010
Daripada        :           Pengurusan Zon Tengah
Kepada          :           Semua Cawangan Zon Tengah
Perkara         :           Amaran Penjagaan Kebersihan
Blog               :           pusatoperasizontengah@blogspot.com

Assalamualaikum WBT.

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Pihak pengurusan zon tengah telah menerima aduan KEBERSIHAN CAWANGAN TIDAK TERPELIHARA daripada pihak HQ. Laporan tersebut disampaikan oleh ahli-ahli HPA yang prihatin dan mengambil berat tentang imej HPA sebagai pengedar produk yang HALAL, BERSIH dan SUCI. Sehubungan dengan itu, pihak cawangan diberi amaran dan peringatan bagi memastikan premis anda termasuk dewan, tandas dan ruang disekitarnya bersih dan kemas.

Adalah diingatkan SEMUA STAF perlu mengambil tindakan agar cawangan termasuk dewan anda bebas dari semua perkara berikut :-

   1. Sarang labah-labah
   2. Najis haiwan (cicak, kucing, kelawar dan lain-lain)
   3. Debu Habuk (Lantai, Karpet, Rak Display)
   4. Lantai/Karpet yang kotor
   5. Cermin/permukaan cermin kotor (pintu/freezer)
   6. Produk berterabur
   7. Sampah berselerak.

Berikutan itu, anda diberi tempoh 2 hari dan pihak pengurusan zon akan melakukan lawatan mengejut kesemua premis cawangan bagi memastikan memo ini telah pun diambil tindakan. Pastikan cawangan dikemas SETIAP PAGI SETIAP HARI (jadual kebersihan perlu ada dan diikuti). Untuk itu, sila faxkan jadual kebersihan cawangan anda ditalian 05-5292715 sebelum 8.15pagi (7hb Jun 2010). (*Cawangan ‘BERKENAAN’ tolong pastikan dewan anda yang dipenuhi najis kelawar dibersihkan serta-merta)

Jika aduan diterima dan masalah yang sama masih berulang, pihak pengurusan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap cawangan terlibat. Segala kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM