Headlines...

MAJLIS ANUGERAH INSENTIF & FORUM PERDANA HPAIC

Tahniah!!! 40 Unit Samsung Galaxy Tabs 10.1 telah berjaya diadakan undian. Mudah-mudahan dapat memberi inspirasi kepada para pengedar yang lain untuk berjaya. Juga diucapkan tahniah kepada para pemenang pertandingan Mewarna (PRA Sekolah & Sekolah Rendah), pertandingan Gubahan Radix, pertandingan Bercerita Kanak - Kanak dan Pertandingan Debat. Juga Tahniah kepada Pemenang - Pemenang Bertuah....


Majlis Anugerah Insentif 2011 telah berlangsung dengan gemilangnya dan Tahniah diucapkan kepada pemenang - pemenang Cabutan Insentif - Samsung Galaxy Tabs 10.1. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. - Tn. Hj. Ismail Ahmad merupakan suatu sumber inspirasi dan memberi galakan kepada para pengedar HPA di seluruh Malaysia. Sepanjang majlis berlangsung turut diadakan beberapa pertandingan lain seperti Pertandingan Mewarna, Bercerita, Gubahan Radix, Iklan Radix dan Debat. Pengarah Urusan juga turut melancarkan Laman sesawang baru www.hpanet.my yang merupakan sumber informasi tepat dan terkini.

Pada sebelah malam pula diadakan Forum Perdana - HPA International Center dengan perbentangan dari Moderator : Ust Zolkarnain Abidin Panel : Ust Jamaluddin dan Panel khas : Ust Fadzlan Gharamatan (Pendakwah Irian Jaya). Persembahan Nasyid daripada Artis Nasyid iaitu Nazrey Johani, Munif Hijjaz dan Ar-Rasy memberi salingan yang mantap malah menyeri suasana Forum ini.