Headlines...

MAJLIS PERASMIAN KILANG BARU KOPI RADIX DAN AKUJANJI PJS MALAYSIA & INDONESIA


Rabu 6 Julai 2011 jam 3.00 petangsebuah lagi kilang automatik Kopi Radix akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan bersama para PJS dari seluruh Malaysia dan Indonesie di kawasan MIEL Jejawi Sematang Arau Perlis. Semua pengedar dan orang ramai boleh menghadirinya bagi menyaksikan upacara perasmian ini.

Sebelum ini kilang yang memuatkan 10 mesin automatik telah pun beroperasi sejak 2 tahun sudah tetapi masih tidak mencukupi permintaan yang semakin tinggi sehingga payah nak dapat bekalan di cawangan sejak 6 bulan kebelakangan ini kerana ianya telah pun ditempah lebih awal oleh para Agen Stok yang terdiri dari para pengedar HPA di seluruh Malaysia.

Akhirnya dengan kekuatan modal yg sedikit ditambah dengan kesabaran dan semangat juang yang tinggi di kalangan pengedar selama 6 bulan dapat juga disiapkan sebuah lagi kilang yang mempunyai 10 mesin automatik yang boleh mengeluarkan 400,000 sachet sekali pusingan (10 mesin x40,000) per hari bekerja (dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 ptg). Jika dilakukan 2 shift sudah tentu pengeluarannya menjadi 800,000 sachet sehari (40,000 kopi papan).

Ini bererti mulai bulan Julai ini pengeluaran kopi radix adalah 3 kali ganda dari yang sebelumnya. Untuk peringkat awal semua cawangan yang menjadi stesyen utama iaitu sebanyak 27 cawangan akan dibekalkan kopi radix dengan secukupnya.

6 cawangan di Zon Tengah yang menjadi stesyen utama ialah IPOH, RAWANG, HPAIC SHAH ALAM, AMPANG, KAJANG DAN BANGI.

Cawangan- cawangan yg lain di Zon Tengah yang terus beroperasi tetapi belum menjadi stesyen utama ialah seperti MANJUNG, SRI ISKANDAR, TELUK INTAN, SIMPANG EMPAT, TG KARANG, TG MALIM, SUNGAI BULUH, DEPALMA AMPANG, JLN RAJA LAUT, WANGSA MAJU, SRI PERMAISURI, SUNWAY, KLANG, BUKIT TINGGI, BANTING.

MAJLIS AKU JANJI PJS MALAYSIA & INDONESIA pula akan diadakan pada hari yang sama di sebelah pagi di Dewan Amir Ramadhan Kompleks Al Wahida di Jalan Jejawi Dalam Arau Perlis. Oleh itu sebagai ingatan kepada semua para PJS walaupun telah dimaklumkan melalui sms oleh Presiden dan SU KPA agar dapat menghadirkan diri lebih awal kerana penginapan disediakan oleh pihak urusetia di Jejawi. Sila laporkan kehadiran yang memerlukan penginapan kepada En Kamal Ismail Penolong Pengurus Pemasaran AWM.