Arahan Pertama
Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC1. Lagu Usahawan
2. Hijrah
Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.
Arahan Kedua
Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;22hb Feb 2011 jam 6.00 petang
Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis
Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )
*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA
Arahan Ketiga
Peralatan dalam kumpulanSetiap Kelab dikehendaki menyediakan seperti berikut;
1. 4 biji periuk nasi berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
2. 4 biji periuk lauk berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.
3. Senduk yang secukupnya.
Kepada seluruh peserta di kehendaki membawa pinggang dan gelas sendiri untuk tujuan makan.
Begitu juga setiap peserta wajib membawa 3 Pen Marker(Merah, Biru dan Hitam).
Selamat membaca dengan penuh kesabaran dan insyallah kejayaan bersama kita semua.
Arahan keempat
Sila pastikan semua peserta membawa KAIN TUALA dan KAIN BASAHAN MANDI. Kegagalan membawa 2 perkara ini akan menyebabkan anda gagal untuk mandi.HQ melarang sama sekali kehadiran peserta MANTAP menggunakan proksi individu. Sekira proksi hadir maka pihak HQ tidak akan membenarkan dan segala kos adalah tanggungjawab sendiri.
Arahan kelima
Khusus untuk peserta wanitaWarna KAIN TUDUNG untuk peserta wanita adalah putih tidak bercorak. Sila patuhi arahan ini tanpa bantahan. Sila sebarkan pada para peserta.
Arahan keenam
SalamKeistimewaan program MANTAP adalah tuan dan puan akan di iringi oleh Pengarah Urusan serta penunjuk arah menjelajahi Banjaran Nakawan yang menghubungkan Negara Thailand dan Perlis Indera Kayangan. Kita akan di bawa melihat khazanah hutan yang penuh dengan kekayaan herba.
Sehubungan dengan itu arahan ke enam adalah setiap peserta di wajibkan membawa SARUNG TANGAN kain kasar ( boleh didapati di kedai hardware ).
Sekian. Wasallam