Headlines...

MEMO PROGRAM

TARIKH : 29 NOVEMBER 2010/22 ZULHIJJAH 1431H

KEPADA : STAF PEJABAT PENTADBIRAN ZON TENGAH

: STAF CAWANGAN, HALAL MART, KIOSK AWM ZON TENGAH

PERKARA : MAKLUMAN PROGRAM LATIHAN KESELURUHAN ZON 2011

___________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan pihak Pejabat Pentadbiran Zon Tengah dengan berkerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat akan menjalankan kursus latihan staf cawangan sepanjang tahun 2011. Dilampirkan jadual latihan sepanjang tahun 2011.

Staf cawangan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu EPO, Omega 3 dan VCO. Dilampirkan senarai nama mengikut kumpulan bersama-sama memo ini. Makluman pengangkutan staf akan diberitahu kelak.

Sila ambil perhatian berkenaan perkara-perkara yang perlu dipatuhi peserta sepanjang bengkel dilangsungkan:

Tatacara berpakaian

Peserta lelaki DIMESTIKAN berbaju kemeja, seluar slack dan berstokin hitam manakala peserta perempuan pula mestilah memakai baju kurung longgar, bertudung labuh berwarna hitam yang telah ditetapkan pihak syarikat dan berstokin hitam. Semua DIMESTIKAN tag nama.

Tatacara kedatangan

Peserta juga DIMESTIKAN hadir ke dewan 15 minit sebelum bengkel bermula. Dinasihatkan supaya peserta merancang waktu perjalanan pergi dan balik bagi mengelakkan kelewatan kehadiran anda ke bengkel tersebut.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

s.k Pengurus Zon Tengah

Pegawai Pentadbiran

Pegawai Sumber Manusia