Headlines...

Majlis Iftor KPA

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan ruang olehNya kepada kita sebagai hambaNya untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi pada tahun ini.

Dan dengan penuh kesyukuran pada tahun ini, Kelab Pemimpin Al-Wahida akan mengadakan Majlis Iftar (majlis berbuka puasa). Majlis akan diadakan pada :


Tarikh : 27 hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H

Hari : Jumaat

Tempat : Dewan dan Perkarangan Pejabat HPA Cawangan Rawang.

Tazkirah Ramadhan : Us. Ahmad Adnan Fadhil

Pada hari ini juga akan diadakan mesyuarat penyelarasan Unit Herbalis KPA disebelah padi dan sebelah petangnya pula akan diadakan perjumpaan blogger pengedar HPA di Zon Tengah khususnya yang mengendalikan blog komuniti cawangan dibawah KPA.

Sehubungan dengan itu dijemput semua pengedar HPA di Zon Tengah yang mengendalikan blog samada blog peribadi atau blog komuniti dapat hadir lebih awal sebaiknya solat Asar berjemaah di dewan Caw Rawang. Selepas itu akan diadakan perjumpaan dan ramah mesra serta perbincangan tak formal dalam suasana kekeluargaan untuk menambah baik blog masing-masing. Blogger dari pihak syarikat khususnya pengendali blog cawangan dan Zon Tengah juga boleh hadir sekali.

Ringkasan Aturcara Majlis Iftor Ramadan KPA di Caw Rawang:

10.00 pg - 1.00 tghr : Mesyuarat Penyelarasan Sillibus Kelas Mingguan Unit Herbalis KPA.

5.00 ptg - 7.00 ptg : Perjumpaan Blogger HPA khususnya pengendali blog komuniti KPA.

7.00 - 7.30 mlm : Bacaan Tahlil

7.30 mlm : Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah

8.45 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh

9.45 mlm : Tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil

11.00 mlm : Jamuan Moreh.


Semua PJS KPA dan Ahli Kelab Pelapis PJS KPA beserta 3 wakil Komuniti Cawangan di Zon Tengah dijemput hadir..

Semua AJK KOMUNITI RAWANG selaku tuan rumah diminta mengadakan mesyuarat lebih awal untuk persediaan yang dijangka akan dihadiri lebih dari 100 orang. Peruntukan perbelanjaan akan disediakan oleh pihak syarikat dan KPA.