Headlines...

Memo : Amaran Keras

MEMO

Tarikh : 16hb Jun 2010
Daripada : Pengurusan Zon Tengah
Kepada : Semua Cawangan Zon Tengah
Perkara : Amaran Keras Menjual Produk Lain di Cawangan
Blog : pusatoperasizontengah@blogspot.com


Assalamualaikum WBT.

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Pihak pengurusan zon tengah telah menerima aduan berkaitan cawangan yang mengambil kesempatan menjual produk selain produk HPA di Cawangan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. sebagai punca pendapatan kedua.

Sehubungan dengan itu, pihak cawangan diberi AMARAN KERAS untuk tidak menjual produk selain produk HPA di Cawangan kepunyaan HPA. Sekiranya perkara ini disiasat dan maklumat yang tepat diterima, pihak kami takkan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas (di tamatkan kontrak) terhadap mereka yang terlibat.

Pihak cawangan harus sedar dan faham, bahawa premis HPA hanya boleh memasarkan produk keluaran HPA sahaja. Segala kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM