Headlines...

Memo -pakaian (muslimah)

MEMO


Tarikh : 26hb Mei 2010

Daripada : Pentadbiran Zon Tengah

Kepada : Staf Gudang, Kilang, Kiosk dan Pusat Operasi Zon Tengah.

Perkara : Pekeliling Semasa Dan Peringatan–Etika Pakaian (Muslimah)


Assalamualaikum WBT.

Tuan/Puan,

Merujuk kepada pekeliling semasa dan peringatan – etika pakaian (muslimah) bernombor rujukan AWM/PER/1/6(02-10) pada 25 Mei 2010.

Bermula dari tarikh memo ini dikeluarkan pihak kami mahu memastikan semua staf mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, sila isikan borang maklumbalas yang dilampirkan sebagai tanda pihak tuan/puan telah memahami dan bersetuju untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan. Kegagalan pihak tuan mengisi borang maklumbalas ini dan menghantar semula kepada POZT di talian 05-5292715 sebelum 27hb Mei 2010 (Khamis) selewat-lewatnya jam 02.00 petang akan dianggap tidak lagi berminat untuk menyambung kontrak perkhidmatan bersama-sama dengan syarikat.

Kerjasama tuan/puan dalam bertindak mengikut memo amatlah di harapkan agar perjalanan pengurusan kita berjalan dengan lancar.

Sekian, harap maklum.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM
Sekian, terima kasih.

Borang maklumbalas -klik disini