Headlines...

Slip Online Harian

Tuan / Puan,

Selepas meneliti setiap slip bayaran harian yang difaks ke JAD, pihak JAD mendapati masih ada cawangan yang tidak faks slip bank harian. Selain dari masalah faks slip bank harian, tuan / puan diminta mengikut arahan di bawah :

1.Pihak cawangan tidak dibenarkan menulis semula tarikh atau mengubah sebarang maklumat yang telah tertera pada slip bank yang hendak difaks ke JAD. Tuan / puan hanya dibenarkan menulis sebarang maklumat berkaitan slip tersebut di dalam kotak catatan yang telah disediakan sahaja. (lampiran borang disertakan)

2.Tuan / puan diminta melekatkan slip bank pada kotak yang telah disediakan dalam borang tersebut.

3.Sila cop cawangan pada hujung setiap slip bank berkenaan dan difaks ke JAD serta zon masing-masing dengan segera.

4.Semua slip bank original perlu dihantar ke JAD bersama Laporan SAB bulanan pada setiap bulan (mengikut laporan bayaran bulan berkenaan).

5.Pihak cawangan perlu membuat salinan pendua terlebih dahulu sebelum semua slip bank berkenaan dihantar ke JAD. Salinan pendua slip-slip tersebut perlu disimpan di cawangan dengan baik.


Arahan tersebut berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan adalah diharapkan bagi melancarkan lagi proses pengurusan di Jabatan Audit Dalaman (JAD).


Sekian, harap maklum.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”™