Headlines...

Ubat Periuk Semaru

Ubat periuk semaru merupakan ubat periuk pelawas dari jenis musilage iaitu mengandungi lendir yang dapat membantu pergerakan peristaltik usus. Ia sangat baik diberikan kepada pesakit sebagai ubatan awal untuk pencucian kolon. Method pengubatan dengan pemberian ubat periuk semaru sebagai "ubat awal kepada pesakit" telah digunakan oleh keluarga saya dengan jayanya. Mungkin ubatan lain akan menjadi berkesan setelah usus itu dibersihkan.

Ia dibuat dari sejenis pokok semaru yang agak sukar juga ditemui dalam hutan-hutan biasa. Ubat periuk semaru tidak menjadikan pesakit itu diare tetapi bersifat laxatif ringan dan berkesan. Ia perlu direbus hingga mendidih dan minumlah 3 cawan teh sehari. Apakah perbezaanya dengan pelawas? Ia mengubati dengan perlahan dan lebih berkesan untuk pesakit yang menderita sejak lama lagi.