Headlines...

BUAT SEMUA WARGA KERJA HPA

Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan “hamba-hamba Allah yang soleh”, amin. Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh) dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan bibir muslim dalam setiap detik dan waktu. Tenanglah hati dalam menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba itu menuntut sejuta kesabaran. Mereka yang kuat ujiannya terdiri dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan masing-masing. Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan, tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.
Menjadi pekerja yang amanah.

Sebelum anda menerima sesuatu jawatan dalam HPA, fahamilah tentang peniagaan yang sedang diperjuangkannya itu. HPA adalah syarikat yang menjalankan aktiviti bisnis iaitu dunia niaga tanpa sempadan. “Tanpa sempadan” bermaksud tidak ujudnya sesuatu had niaga selagimana tidak bercanggah dengan al-Quran dan As- sunnah. Peniagaan ibarat suatu peperangan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar tidak menyerah kalah dengan tekanan yang sedia ada. Kejayaan dalam bisnis ialah apabila lebih luas wilayah takluk niaga yang berjaya di tawan. Kesemuanya itu ditundukkan kepada hukum Allah yang telah lengkap sempurna.

Pergerakan anda mestilah seiring dengan misi syarikat dan tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk menutup kelemahan yang mampu diubah. Anda merupakan seorang tentera yang siap siaga dimedan jihad bagi menentukan kejayaan pasukanya samada untung ataupun rugi. Kegagalan anda memahami hakikat ini akan menjadikan anda sentiasa lambat untuk bertindak dan menjadi gangguan kepada sebuah kemenangan.

Pekerja yang amanah sentiasa menyiapkan diri untuk diarah dan diperintah bagi missi khas bisnis. Dia tidak mencari alasan untuk tidak menyertai dalam mana-mana operasi yang di tentukan. Malah dia taat samada berada di saf awal sebagai pemimpin ataupun saf thani sebagai seorang pengikut. Menjadi imam pun ia tidak menolak dan menjadi makmum pun ia ikhlas beribadat. Pembentukan peribadi pekerja yang diharapkan sebegini sudah tentu tidak berlaku jika keluruhan bisnis itu hanya berkiblatkan kepada perjuangan benda(wang)semata-mata.
Jangan bekerja semata-mata kerana mencari wang untuk sara kehidupan didunia sedangkan saham akhirat kita rugi . Ciri-ciri pekerjaan yang baik itu ialah sesuatu usaha yang mendekatkan kita dengan akhirat bukannya yang mampu mengangkat pangkat ketahap yang paling tinggi. Bisnis dalam kacamata Islam dipandang sangat mulia dan sepanjang zaman keagungan Islam para peniagalah yang menjadi perncetus perubahan kepada sesuatu masyarakat. Generasi para sahabat yang menjadi para mubalig juga menggunakan uslub niaga.

Sejauh mana seorang pekerja itu amanah dengan pekerjaannya itu, bergantung sejauh mana ia memahami tentang ibadah dalam dunia niaga. Peniaga amat mudah melakukan penipuan terhadap pengguna tetapi lingkungan soleh yang mempengaruhi para peniaga telah mengubahkannya menjadikan peniagaan sebagai sebuah sekolah kehidupan. Kehidupan orang-orang solih yang mengharapkan untung itu berlaku didunia dan diakhirat. Pembentukan biah soleh ini telah menjadi dasar bisnis HPA sebagai support kepada system niaga yang sedia ada.