Headlines...

Tuntutan Perjalanan

Kepada

Cawangan
Kiosk

Tuan/Puan,

Assalamualaikum W.B.T..

Hasil perbincangan pihak AGM, bermula dari tarikh memo ini dikeluarkan pihak cawangan perlu mengeluarkan satu surat permohonan peruntukan perbelanjaan perjalanan bulanan yang berpatutan di cawangan masing-masing mengikut seperti lampiran.

Perkara ini perlu adalah untuk:

a. Memudahkan pihak cawangan mendapat hanya satu kelulusan dengan amaun yang tetap sahaja setiap bulan bagi perjalanan (bank-in, beli barang dan lain-lain).

b. Perbelanjaan agar sentiasa dalam kawalan (amaun yang diluluskan akan kami fax semula).

Sehubungan dengan itu, pihak cawangan perlu memastikan hanya amaun yang diluluskan pihak AGM Zon Tengah sahaja digunakan dan tiada lagi tuntutan perbelanjaan perjalanan yang lain di tuntut di dalam laporan SAB cawangan setiap bulan.
Contoh borang boleh didapati di dalam Ruangan Muat Turun.

Sekian, harap maklum.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM

Sekian, terima kasih.