Headlines...

Pertukaran Tarikh Penghantaran Laporan

Kepada semua Cawangan ,
Bermula 21 Disember 2008. Pihak MIS telah memutuskan dan telah dipersetujui oleh pihak JAD untuk menukarkan tarikh penghantaran Stok Fizikal, Invois , Data dan Laporan Baki Stok pada setiap bulan bermula dari minggu ini. Pertukaran ini dibuat untuk memastikan kerja-kerja di MIS tidak tergendala dan tiada invois yang tercicir atau lambat hantar.Disamping itu juga pihak kami ingin memastikan kelancaran kerja di MIS berjalan dengan lancar kerana cawangan kian bertambah dan invois semakin meningkat. Oleh itu , pihak MIS dan JAD berharap kerjasama daripada Pengurus Cawangan. Sila buat perubahan dengan segera.

Disini , disertakan senarai penghantaran Data,Invois dan Laporan Baki stok terkini :

Laporan Pertama : 1-7hb ( selewat-lewatnya 9hb )
Laporan Kedua : 8-14hb ( selewat-lewatnya 16hb )
Laporan Ketiga : 15-21hb ( selewat-lewatnya 23hb )
Laporan Keempat : 22-31hb ( selewat-lewatnya 5hb )

Sebulan setiap cawangan mesti menghantar 4 kali mengikut tarikh yg ditetapkan.
Harap Maklum.